![]() |
|
Anugerah Tokoh Pentadbir MASTI merupakan Anugerah Tertinggi Kepimpinan MASTI yang diberikan kepada individu yang menunjukkan kecemerlangan dalam kepimpinan organisasi di peringkat Universiti, Kebangsaan dan Antarabangsa. Pengiktirafan ini diberikan kepada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Bukan Akademik) yang berkaliber dan memberi sumbangan yang membanggakan kepada Universiti dan komuniti, mempunyai sahsiah diri yang cemerlang serta menjadi role model kepada staf yang lain. YBhg. Dato’ Zulkiflee bin Othman, Bursar UPM telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Pentadbir MASTI peringkat Universiti Awam Malaysia tahun 2020. Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Mazlan bin Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi di Pejabat Ketua Setiausaha, Putrajaya. |
![]() |
Tahniah kepada Dr. Nor Asma Ab Razak kerana menerima Anugerah Gangsa dalam Anugerah Pentadbir Gemilang MASTI (Penulisan Ilmiah) pada 29-31 Mac 2021. Acara ini dianjurkan oleh Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) dan Jawatankuasa Pendaftar Universiti Awam Malaysia. | |
![]() |
YBhg. Dato' Wan Azman Wan Omar telah dianugerahkan dengan "Anugerah Khas MASTI (Invidividu)" sempena Hari Pentadbir Universiti Awam 2020. Beliau merupakan mantan Pendaftar Universiti Putra Malaysia dan juga Pengerusi JPPUA. | |
![]() |
Persatuan Pentadbir Universiti Putra Malaysia telah memenangi pingat perak untuk "Anugerah Pameran Persatuan Terbaik MASTI 2020". Syabas diucapkan! | |
![]() |
Updated:: 11/12/2024 [nazlina]

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia