![]() |
Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Razali Othman menerima Anugerah Pentadbir Terbilang Universiti Awam (UA) 2018, anugerah yang diwujudkan sebagai pengiktirafan kepada para pentadbir Universiti Awam. Selain telah berkhidmat lebih daripada 10 tahun, Anugerah ini juga diberikan kepada pentadbir yang berjaya mengetengahkan penemuan-penemuan baharu dalam aspek pengurusan dan pentadbiran, penambahbaikan yang memberi impak yang tinggi kepada jabatan, universiti dan negara, dan telah menghasilkan kreativiti dan inovasi yang diiktiraf di pelbagai peringkat. Pemenang Anugerah ini juga dipilih daripada kalangan pentadbir yang menjadi pakar rujuk kepada universiti. Dalam majlis yang sama, Dr. Razali juga turut menerima Anugerah Khas Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam (UA) 2018 bagi menghargai dan mengiktiraf usaha serta komitmen beliau terhadap aktiviti serta program yang dijalankan oleh MASTI. Dua Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Naib Canselor, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), YBhg. Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi di Majlis Anugerah Gemilang MASTI (MAGMA) 2018 di Dewan Utama, Hotel Waterfront, Kuching, Sarawak. |
|
![]() |
Updated:: 11/12/2024 [nazlina]

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia