| PERSATUAN PENTADBIR UPM
list of latest announcement

SEMUA AHLI
PERSATUAN PENTADBIR UPM (PPUPM)
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Tuan/Puan,

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN PENTADBIR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (PPUPM) KE-40, 2025

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pentadbir Universiti Putra Malaysia (PPUPM) akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PPUPM ke-40, 2025 seperti butiran berikut:

Tarikh   : 16 Januari 2025 (Khamis)
Masa     : 9.00 pagi
Tempat : Auditorium Jurutera Radin Umar, Fakulti Kejuruteraan UPM

3. Bagi memastikan perjalanan mesyuarat ini berjalan dengan lancar, bersama-sama ini disertakan butiran berikut untuk panduan dan perhatian pihak tuan/puan selanjutnya.

i) Aturcara dan Agenda Mesyuarat
ii) Pautan untuk maklum balas kehadiran, pencalonan Exco Sesi 2025/2026 dan cadangan usul (sekiranya ada)

MAKLUM BALAS KEHADIRAN DAN USUL AGM PPUPM KE-40, 2025
https://forms.gle/CRijCa8VWAJuHdLh6

PENCALONAN EXCO PPUPM SESI 2025/2026
https://forms.gle/TJ6wc1YoK7EnwUwZ9

(mohon tuan/puan mengisi pautan maklum balas KEHADIRAN, PENCALONAN EXCO PPUPM Sesi 2025/2026 dan USUL sebelum/pada 10 Januari 2025).

Sehubungan itu, tuan/puan adalah dijemput hadir untuk menunaikan tanggungjawab kepada persatuan. Kerjasama tuan/puan dalam mendahulukan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

"MALAYSIA MADANI”
“BERILMU BERBAKTI”

Yang menjalankan amanah,

Persatuan Pentadbir UPM (PPUPM)
Universiti Putra Malaysia

PERSATUAN PENTADBIR UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
S, (04:11:30am-04:16:30am, 06 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]